available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, December 27, 2009

letting go

i hav another collection of novels i would like 2 let go...
but i left it kat kg...
so..hav 2 wait till i balik kl baru i can post it here...
b patient ya

hav a nice day

Thursday, September 17, 2009

Friday, August 28, 2009

blogger uh

hi
i'm having blogging problem
my lappy ain't being helpful either (poor me)
if anything kindly email directly to my email : neadyna@gmail.com
i'll try to reply d soonest possible
heppi browsing...
cheers

Wednesday, August 26, 2009

hak cinta terpelihara - sold (thanks syira)


harga asal: rm19.90
offering at: rm15 (inclusive postage)
mukasurat: 556
terbitan: alaf21
nukilan: lynn dayana
sinopsis:
Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu."Hah, teliti betul-betul muka kamu tu! Alangkah hodohnya muka kamu. Rambut perang dan mata biru kamu serupa mcm hantu. Bila org kata kamu cantik, org itu sebenarnya hina kamu."Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya."Mahu sahaja aku membawa hati ini dan pergi jauh dari sini. aku gadis yg buruk parasnya. tidak layak untuk bergandingan dgn mana2 lelaki. Oh TUHAN... berikan kekuatan kepadaku menempuh kehidupan ini."Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya? "Cantik atau tidak seseorg itu, semuanya bergantung pada hati. Mereka yg bersih hatinya, akan berseri-seri wajahnya dgn nur keindahan. Insaflah dan buanglah sifat mazmumah yg hajat dari jiwa kita

sentuhan cinta


harga asal: rm18
offering at: rm14
nukilan: haiza najwa
terbitan: alaf21
mukasurat : 468
sinopsis:
Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu."Hah, teliti betul-betul muka kamu tu! Alangkah hodohnya muka kamu. Rambut perang dan mata biru kamu serupa mcm hantu. Bila org kata kamu cantik, org itu sebenarnya hina kamu."Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya."Mahu sahaja aku membawa hati ini dan pergi jauh dari sini. aku gadis yg buruk parasnya. tidak layak untuk bergandingan dgn mana2 lelaki. Oh TUHAN... berikan kekuatan kepadaku menempuh kehidupan ini."Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya? "Cantik atau tidak seseorg itu, semuanya bergantung pada hati. Mereka yg bersih hatinya, akan berseri-seri wajahnya dgn nur keindahan. Insaflah dan buanglah sifat mazmumah yg hajat dari jiwa kita

lafazkan cintamu


harga asal: rm19.90
offering at: rm 15 (inclusive postage)
mukasurat: 498
terbitan: alaf21
karya: aida adriani
sinopsis:
Mengenali lelaki itu..Adalah detik terindah dalam hidup ini....Dalam diam perasaan berubah ....Cinta pandang pertama makin mekar hari demi hari ....Namun, disaat aku mula mencium wanginya bunga cinta....Tersedar dari hakikat lelaki itu akan dimiliki insan lain....Dan sewajarnya aku tidak akan memburu cinta yang tak pasti...CINTA X SEMESTINYA BERSATU!CUKUPLAH SEKADAR MEMILIKI HATI LELAKI ITU..Akan ku buang jauh segala rasa yang pernah membuat aku bahagia...MENCINTAI dan DICINTAI bukanlah satu dosa..Malah ia adalah satu fitrah...Anugerah ILAHI untuk setiap insan...Lantaran itu, lafazkanlah cintamu...Usah kau biar hati ini terus terluka

next... kemana hatimu


harga asal: rm18
letting go at: rm15 (inclusive postage)
mukasurat: 481
terbitan: alaf 21 penulis : eyman hykal
sinopsis:
Setelah bertemu dengan Ayu Fatiha, kasih Izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui yang pemuda itu telah berpunya. Kerana ini Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dengan harapan Ayu akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah-mentah. Bila disentap dengan realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. Dia ingin kembali ke pangkuan gadis itu. Namun, Nurul sudah pun membawa diri. Izuddin bagai hilang arah. Apakah kesudahan ceritanya? Dapatkah Izuddin bertemu dengan Nurul untuk menyatakan kekesalannya? Apakah perasaan Nurul ketika menghadapi kenyataan hidup ini yang dia seperti dipermainkan oleh Izuddin?

next... nilai cintamu

harga asal: rm16
letting go at: rm 12 (inclusive postage)
terbitan: alaf21
mukasurat: 394

sinopsis:
Suatu ketika dahulu Nana merasakan, Hisyam adalah pasangan serasinya. Dianyam mimpi-mimpi indah untuk hidup bersama. Dibaja benih kasih agar subur segar meniti hari bahagia. Ketika kelopak cinta mekar mengharum, Hisyam pergi tanpa secebis berita. Saat itu segalanya mula berubah, perjalanan hidupnya mula dihimpit resah dan ketenangan jiwanya mula berkocak.
Membuka kembali cerita tentang Hisyam, umpama sengaja mengguris hati yang telah parah. Kemunculan Tasya sebagai adik tiri, menggugat segala kesabaran dan kesetiaan. Tanpa setitis hubungan darah antara dia dan Tasya, Nana terpaksa melakukan pengorbanan sebesar ini. Melepaskan sesuatu yang tak mungkin ada galang gantinya.
Akhirnya, Nana pasrah. Dia mula mengalah dan sedar diri. Lalu dia membuat kesimpulan sendiri, kasih Hisyam telah beralih arah. Hubungan cinta mereka cuma tinggal sejarah. Kalau nak dikata rebah, telah lama dia jatuh tersungkur. Pintu hatinya telah terkunci dan dia bangun dari kerebahan semalam. Hari ini walaupun dia masih mampu berdiri tapi dia hidup tanpa hati dan tanpa perasaan.
Biarlah... sesungguhnya apa yang terjadi adalah ketentuan TUHAN. Jika ada sinar kebahagiaan untuknya, dia akan menyambutnya dengan senyuman. Jika tidak... siapa dia untuk mempertikaikannya? Yang penting, kisah itu banyak mengajarnya erti sebenarnya cinta.

kopi susu sepatu biru (sold- thanks chua)

9
harga asal rm21
letting go at : 16 (inclusive postage)
mukasurat : 565
sinopsis:
Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula.
Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!
Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah:
Rumah No. 11 si gadis dan rumah no. 9 si teruna.Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tanpa sempadan terjilid dalam pelbagai episod.Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud di kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas dan ada sayang yang menjalar.Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:* Kereta Perdana vs Kereta Kancil* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar. Kenapa? Siapa? Dan bagaimana? Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru.

Thursday, August 20, 2009

coming soon

- hak cinta terpelihara
- nilai cintamu
- sekuntum bunga sena
- atas nama cinta
- seharum kasih

these novels r up for grab..i'll post d pic soon ya....

Thursday, August 13, 2009

Wednesday, August 12, 2009

tautan kasih

nukilan: ryana adrina
terbitan: alaf21
mukasurat: 430
harga asal: rm17
offer: rm14 (inclusive postage )

Entah mengapa... Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi namun hati menidakkan. Ada yg disayangi tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yg tinggal pada dirinya? dia sedar, dia harus memberi peluang kpd hatinya utk menerima dan memberi tapi dia tidak pandai mengungkapkan kalimah cinta seperti kata seorg temannya;"Kau harus pandai mengambil hati dan mencintai seorg lelaki andainya kau ingin mencintai mereka. Kau tak seperti gadis2 lain yg ternyata asyik meladeni hati dan perasaan dengan lelaki pujaan. Kau seperti tak pernah teruja punya seorg teman lelaki..."Ah... lelaki! Perlukah dicari? Atau si dia akan datang dgn sendiri?Indah nama yg diberi tidak seindah lingkaran hidup yg dilalui. Itulah Irfan Iskandar. Hidupnya dihujani tohmahan. Namun dia sedar, sekemas-kemas perancangan manusia, ALLAH jua yg berkuasa menentukan segala-galanya.Athirah & Irfan - kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang... pertemuan kedua hanya berlaku di saat masing-masing hampir memulakan kehidupan baru.
"Haruskan mereka sekali lagi tunduk mengikut telunjuk takdir, menerima sahaja apa yg ada di depan mata? Atau membiarkan sahaja hati terus memendam rasa kecewa?"

*this one comes with d author signature... sorry..silap...buku ni xde author signature....silap tengok...kalo nak signature gak...signature i buleh la....hahaha

lagu cinta buatmu - sold (thanks zarid)


nukilan: qaseh qaisara
terbitan: FP
mukasurat: 490
harga asal: 19.90
offer: rm15(inclusive postage)
one time read: juz like new
Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga , Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu. Anis terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa menjadi pengganti perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur. Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenarnya dirinya. Sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis. Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina. Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?

horizon cinta



nukilan: uni azrini
terbitan: alaf 21
mukasurat: 482
harga asal: rm 18
offer: rm15 (inclusive postage)
one time read (like new)
ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri-nya sepi.
Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin-cah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di-minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?

bila cinta membara


nukilan: mazia harris
terbitan : alaf 21
harga asal: 19.90
offer: rm15(inclusive postage)
one time read only (like new)
Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampaksempurna, namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka,Kamarul menjadi Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratuhatinya. Dia menghamparkan segala kasih sayang kepada Syamsidarsehingga mereka dikurniakan dua orang permata hati.Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setiadengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-iamenunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermainkata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh akhirnya meletus.Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpipanjangnya. Sandiwara cinta ini mesti dinoktahkan! Segala kenangan inimesti dikuburkan. cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alamrealiti!Persoalannya... semudah itukah dia mendapat kemaafan daripada lelakiyang telah terluka hatinya? Mampukah kebahagiaannya dikembalikan semula?
BILA CINTA MEMBARA... hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya.

persis sebutir pasir (just like new)



nukilan: manjalara
terbitan: jemariseni
harga asal :rm22 offering at: rm 16(inclusive postage)
mukasurat: 636
Aku ingin jadi bintang... biarpun kerdil, tidaklah sebesar dan secantik bulan namun bintang tetap punya ceritanya tersendiri.Jika tidak kerana bintangmasihkah ada insan yang sudi menatap pekatnya warna malam?Jika tidak kerana kerdipannya yang berkilau cantikmungkinkah ada yang edan mengira butir-butirnya yang halus gemerlap?Jika tidak ditemani bintangmahukah bulan muncul bersendirian di dada langit?...aku hanya ingin menjadi bintang, kerana ceritera bintang lebih banyak berbanding bulan nan satu..
WIDYA
Inikah takdir yang diumpamakan sebagai 'sijil' buat Kasih"'Sijil' yang tidak mungkin dipadamkan faktanya, ditokok atau ditambah isinya, Wan?
IRWAN ZAHIRKasih, betapa jerih kita berusaha untuk terus bersama... ada saja halangan yang melanda. Setelah semua peluang itu tertutup untuk kita, tiba-tiba ada 'jalan' lain pula yang ingin menghubungkan kita semula... lalu harus bagaimanakah aku, Kasih?Sesungguhnya setiap insan di dunia ini setaraf! Semuanya sama saja mengusung takdir yang tertulis. Masing-masing berjalan dengan ceritera takdir yang tersendiri.
Sebuah cerita yang begitu indah susunan bahasanya; penuh debar dan sarat teladan... daripada tulisan seorang MANJLARA tentang Widya, tentang Persis Sebutir Pasir.

selamat pengantin baru isteriku (SOLD- thanks nisrin)

nukilan nass alina noah
harga asal rm36
letting go at rm30 (inclusive postage rite to your door)
muka surat : 1161

Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula... yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlaku terus begitu... terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadikan kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.Abang walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila.

Dalam diam, Addam dan Qisti jatuh cinta dan kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mereka mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, status Qisti terbongkar dan membuatkan Addam menjauhi Qisti. Ekoran dari hal itu, Addam telah didesak oleh ibunya, Maria untuk mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Untuk menghalang perasaan itu, Addam telah memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti dan Qisti juga menyetujuinya. Bagaimana kesudahan kisah cinta Addam dan Qisti? Bahagiakah mereka melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?


more info contact me at neadyna@gmail.com

first to let go - bohemian


nukilan: imaen

Cinta membuat kita tidak memandang apa-apa yang datang daripada kita, walaupun ia sebesar mana sekalipun. Sebaliknya, kita hanya akan memandang apa-apa yang datang daripada orang yang kita cintai, walau sekecil mana pun. Cinta membuat kita membuang sifat sendiri, dan mengambil sifatnya sebagai ganti
aku:
pemain muzik jalanan
melayari malaysiakini.com
merambu-rambu cari duit
pakai seluar bertampal di lutut
berambut panjang cecah bahu
dia:
seorang peguam
baca Business Times
gaji ribu-ribu
pakai skirt nampak lutut
berambut copper blonde celup
Siapakah dia yang berani mencuri tenang dan damaiku, lalu menggantikan ia dengan resah gelisah? Siapakah dia berani merampas hening bening malam dengan huru-hara yang tidak keruan ini? Siapakah dia yang berani mengusik lenaku dengan bayangnya?

Dia, yang tidak pernah ada dalam senarai bidadari anganku! Tidak pula pernah sekalipun wujud dalam daftar mimpiku!Dia, yang dari hujung kaki hingga hujung rambut bukanlah perempuan yang aku mohon lewat doa-doaku kepada Tuhan.
harga asal 20
letting go at rm 15 (inclusive posting)
mukasurat: 472
one time read only
still lookin like baru bukak plastik....

Tuesday, August 11, 2009

jeng jeng jeng

tukar selera...pasni nak letgo some novels plak...
second hand novel but one time read only....