available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Saturday, March 20, 2010

sepupuku suamiku (SOLD-thanks shida )

hi..
i nak let go novel 'sepupuku suamiku'
anyone interested email me kay..
guys...u know the drill

Saturday, March 13, 2010

seteguh cinta (sold- thanks AS)


Sinopsis :


SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?


actual price:RM 19.90

offering at: rm10

pages: 500 mukasurat

publisher: alaf21

author: durah fatiha

semusim rindu (sold- thanks AS)



sinopsis :
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada.
Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri.
Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


actual price: RM 18.00

offering at: rm14

pages: 460 muka surat

author: aleya aneesa

publisher: alaf21

jerat asmara (sold- thanks AS)



Firdaus sudah pergi … sudah lama dia pergi ! rintih airin sendiri sambil memusing keretanya meninggalkan tempat itu . dia memandu tidak menentu . airmatanya yang bercucuran dibiarkan sahaja jatuh di pipi lantas menimpa ribaannya . sesekali pandangannya jadi kabur . airin memberhentikan keretanya di tubir jalan .
lama dia berhinti di situ sambil memandang sekeliling . dia tidak tahu di mana dia berada kini … angina laut terasa bertiup nyamam dan menyegarkan . malam yang indah … bisik nedzarul sendiri . tetapi lebih indah sekiranya airin menjadi miliknya ! agh ! hati … mengapa masih belum jua dapat menerima kenyataan bahawa airin kini tidak mungkin menjadi miliknya . dan dia hanya menemani airin untuk mencari satu kebenaran dan kepastian...


judul: jerat asmara

actual price: 19.90

offering at: 15

publisher: ibook

author: zara zakry

Friday, March 12, 2010

cinta dua jiwa


Sinopsis :


Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya, Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika di universiti.Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurrazi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya terpaksa akur dengan kehendak ibu bapanya. Hariz kini menjadi suaminya.Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu.


Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya. Perpisahan itu amat menyakitkan. Kejauhan itu menggamit kerinduan. Akhirnya, Aisya sedar betapa dia banyak melakukan kesilapan sehingga menghiris hati suami yang tercinta. Namun, tatkala bunga-bunga kasih mula berputik, Fakhrurrazi muncul kembali lalu memporak-perandakan rumah tangga mereka. Sebuah fitnah telah menjauhkan kembali hati Aisya terhadap suaminya...


actual price: RM 18.00

offering at: rm 16

pages:496 mukasurat

publisher: alaf21

author: rania firdaus

bintang bintang ke syurga (just like new)


Urusan ini perutusan cinta.Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.Islam itu cinta.Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akanmenyatukan kita dan semua manusia. Seperti alam kehidupan yang satuini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta. Roh cinta yang mutlak berpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *Dengarkan bisikan cinta daripada XARINE sang insinyur yang berbicara fasal
cinta dalam lembutnya bahasa dari hati seorang lelaki yang mengharapkan
reda Ilahi.
actual price:19
offering at:16
publisher: jemari seni
author: xarine
pages:452

selagi ada dia


sinopsis :
pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian.
Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
actual price:RM19.90
offering at: rm14
pages: 512 mukasurat
terbitan: alaf21
author: aisya sofia

camar yang pergi


sinopsis :
Dilara, seorang gadis miskin yg tidak habis sekolah, sering berkhayal untuk berdampingan dgn pemuda yg kaya raya. Namun bila difikirkan, mana mungkin dia dpt duduk setaraf dgn golongan elit? Apatah lagi berkahwin dgn jejaka idaman kalbu yg digilai oleh ramai gadis.Khayalannya hampir menjadi realiti bila dia menjadi tukang cuci di rumah org kaya bagi menggantikan ibunya yg sakit. Dalam dia, dia dpt mendampingi Orhan, anak majikannya dan sering berkhayal mereka bersama. Bila tidak memandang wajah lelaki itu, dia diamuk resah dan rindu yg membara.Namun apa daya, orhan sah menjadi milik Nesye. Akhirnya Dilara membuang khayalannya dan dia terpaksa menanggung kesedihan seorg diri.
Bg Orhan pula, perkahwinannya dgn Nesye dianggap satu kesilapan kerana dia benar2 belum bersedia. Dalam diam, dia terpaut pada Dilara kerana sejak pertama kali mereka bertemu, dia sebenarnya sudah jatuh hati.Bahtera perkahwinan Orhan dan Nesye tidak bertahan lama. Akhirnya penceraian pun berlaku. Takdir memekarkan kembali hubungan Orhan dan Dilara. Namun bersediakan Dilara menghidupkan kembali khayalan yg telah dibuangnya itu?
actual price: RM19.90
offering at: rm15
pages: 501 mukasurat
terbitan: alaf21
author: iris ixora

janjiku bersamamu


Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.Nyata, sejarah memang selalu akan berulang.
Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan.Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?
actual price: RM 19.90
offering: rm16
508 mukasurat
terbitan: alaf21
author: aleya aneesa

Tuesday, March 9, 2010

sorry

hi u olls
sorry.... agak bz semenjak pindah ni
but i promised, by d end of this week i'll put up new books for u...
thanks for your support