available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, January 31, 2010

Thursday, January 21, 2010

gemersik kalbu


author: anis ayuni
publisher: alaf21
pages: 592
price: 19.90
letting go at: 15
sinopsis
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namunhatiku tidak serapuh saljuAkhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

mencari cinta


author: leeya myra

publisher: alaf21

price: 15

letting go at: 12

pages: 400

sinopsis:

Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

cintamu di hati


author: aida adriani
publisher: alaf21
pages: 405
price: 16
letting go at: 13
sinopsis:
Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tetapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.Seri terperangkap antara dua perasaan, cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali membura hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus terusan diragui.Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar. Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masihkah ada cinta kedua buatnya?

segalanya untukmu


author: aleya aneesa
publisher: alaf21
pages: 539
harga: 19.90
letting go at: 16
sinopsis:
Jgnkan di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

bicara hati - sold (thanks zayda): tapi ada satu copy lagi available

author: damya hanna
publisher: alaf21
pages: 576
price: 18
letting go at: rm10
sinopsis:
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahrandan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkancadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanitayang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untukmemperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidakdikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapidengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dandia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. TengkuSyahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuahkisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

mahligai cinta -sold (thanks zarid)


author : Sri Diah
publisher : Alaf 21 Sdn Bhd
paeges: 512
price: 19.90
letting go at: rm16
sinopsis:
Acap kali, terasa ingin selalu dibelai manja, tetapi tiada sesiapa di sisi. Teringin jua untuk disayangi tetapi kepada siapa harus dicurah rasa sayang? Sesekali terasa pula ingin dimiliki, namun diri ini milik siapa sebenarnya?Tidak kiralah anak dara, tunangan, isteri, suami, janda malah duda sekalipun berhak memiliki anugerah paling agung-CINTA.
Namun bisakah anda berhadapan dengan gelora cinta?IRwan lelaki, aku perempuan. Tidak manis jika kami berhubungan dengan kerap. Antara kami ada batasnya. Dan melanggar batas agamalah yang paling ku khuatiri.Lumrah percintaan; ada cerita duka, ada cerita ceria, semuanya saling menyinggah. Kuatkah kita menghadapi dugaan? Betulkah kita tidak goyah andai prasangka dan cemburu datang menerpa?Ada kala, hati tertanya-tanya... benarkah lelaki yang jujur, gandingannya ialah wanita yang jujur? Wanita yang setia pula, apakah akan digandingkan dengan lelaki yang setia?Hari ini aku mahu menjadi seorang lelaki. Aku malu menjadi insan yang gagah fizikal tapitewas dek nafsu. Nafsu ini hanya satu tapi yang satu itulah yang telah menguasai aku!
MAHLIGAI CINTA... memuatkan momen-momen cinta yang bahagia, sengsara, suka dan duka. Antara kejujuran dan kepura-puraan, antara keikhlasan dan pendustaan. Ada cinta yang terhalang... ada rindu yang tercicir.

Friday, January 15, 2010

atas nama cinta


author: lily suriani
publisher: alaf21
pages: 471
actual price: 18
letting go at : rm15
sinopsis:
Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai caradilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi.Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkankemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya dibibir.Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketikadisinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburuikeindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalangmereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia

seribu kali sayang


author: anis ayuni

publisher: alaf21

actual price: rm19.90

letting go at: rm15

pages: 533

sinopsis:

Sudah ditakdirkan sejak lahir, Nur Qazrina atau Abby ditinggal ayahnya. Bagi Abby, tanpa kehadiran lelaki itu hatinya tetap berasa bahagia. Menginjak usia remaja, ungkitan Kak Lisa yang dialah punca perceraian ibu dan bapa mereka, sangat membebankan jiwa. Kakaknya juga sering mempamer reaksi tidak menyenangi kehadirannya di rumah.Daripada teman Kak Lisa yang silih berganti, kehadiran Syed Nadjmil Faiz dilihat oleh Abby sebagai calon suami yang terbaik untuk kakaknya. Sikapnya yang bertanggungjawab dan melindungi sesekali membuatkan Abby digoda perasaan. Namun mujurlah dia segera mengingatkan diri bahawa bakal abang ipar masakan boleh dijadikan teman sendiri.Hasrat untuk meminang yang disuarakan oleh Syed Nadjmil Faiz menimbulkan konflik. Bagi Abby, hasrat itu jatuh di tempat yang salah kerana bercinta dengan kakak, mengapa pula yang dipinang adiknya? Sudah hilang pertimbangan akal barangkali, maka Syed Nadjmil Faiz memilihnya dan bukan Kak Lisa. Bagi Syed Nadjmil Faiz, berkawan bukan ertinya berkasih. Sekian lama mengenali si kakak, hatinya tidak pernah disapa rasa cinta. Tetapi pertama kali bertemu Abby, perasaannya digoda rindu. Meskipun sangat mengharap agar kasihnya bersambut, dia sedar Abby berhak menolak. Kebencian Kak Lisa terhadap Abby bagaikan tidak bernoktah. Abby terjebak dalam dilemma. Bagaimana kemelut ini hendak dirungkai?

di langit cinta


author: lily haslina nasir

publisher: alaf21

pages: 500

actual price: rm19.90

offering at: rm15

sinopsis:

Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kaliMeriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.Bagaimana dengan Meriam?

lakaran kasih


author: laila kamilia

publisher: alaf21

pages: 344

actual price: rm14

letting go at: rm10

sinopsis:

Dzalia & Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.Dzalia... pilihanmu cuma satu. Sedarlah, belum tentu tugu cinta yang kau impi menjadi realiti. Bebaskan dirimu dari belenggu cinta yang tidak pasti.Zuhairee... jangan kau pandang enteng cinta yang bersemi... kerana diammu akan memudaratkan hati. Kebisuanmu pasti memakan diri.Ah... biarkan! tiada perlunya ucapan cinta, pengakuan kasih jika tidak mampu memiliki. Tiada perlunya lafaz sayang sedang diri makin dijauhi. Argh... jujurkah dirimu wahai hati?'Manusia yang pernah jatuh tetapi tidak pernah belajar sesuatu dari kesilapannya, malah jatuh lagi di tempat yang sama adalah manusia yang paling malang."

berikan cintamu


author: rose hasrissa

pages: 499

publisher: alaf21

price: 19.90

letting go at: rm 15

sinopsis:


Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya? Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang. Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. "Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan

hati seorang wanita


author: norisah a. bakar
pages: 570
actual price: 25.90
letting go at: rm 23.00
publisher: creative enterprise
sinopsis:
Nur Asyidah:
Bagaimana aku dapat mencintaimu sedangkan hati terluka? Bagaimana aku dapat hidup bersamamu sedangkan perasaan ku sering lara? Hidup ku tiada indah, Ikmal Razif. Mungkin bahagia itu bukan milikku. Hanya untaian duka yang sering menjengah dan hatiku pun gundah…
Ikmal Razif:
Nur Asyidah.... jangan kau simpan kesumat dendam, Usah kau himpun rajuk tak terpujuk. Kelak merosak diri. Lontarkan ia ke dasar paling dalam. Cintaku tulus dan suci, ingin menyeri hatimu yang selama ini sunyi…

demi kasih ini


author: Hasreeyati Ramli
pages: 334
actual price: 16
letting go at: rm13
publisher: alaf21
sinopsis:
Bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci.tetapi persahabatan itu akan kekal buat selama-lamanya. Benarkah?Sekian lama menyemai kasih, keakraban Iriana dan Mukhriz dimeteraidengan ikatan. andai diibaratkan tinggi bintang di langit, tinggilagi impian di hati. Sungguh, cinta mereka bukan sandiwara. Tiadaapa yang bisa mejadi galang ganti.Tetapi entah di mana silap, bahtera kasih mula dilanda badai. Satudemi satu rahsia terbongkar. Ribut melanda, taufan bergelora.Tembelang pecah, retak menanti belah. Konflik demi konflik mencabarkeimanan. Tambah rumit, lantaran seorang pemarah, seorang perasa.Saat itu, dunia Iriana bagaikan mahu runtuh lagit menjadi gelap danbumi bagaikan mahu retak. Sekian lama bersabar, akhirnya dia nekad.nekad utk mengembalikan harga dirinya, di atas nama sebuahkesetiaan. Mungkin salahnya juga selama ini terlalu lurus bendul.Terlalu alpa, hinggakan kepercayaannya dikhianati dan akhirnya diaterluka sendiri.Begitu pun, atas nama kasih... sengketa ini bukan penamat kisah.sebaliknya, gelora cinta baru saja bermula. dan di saat inilahterdetik di hati Iriana, pesanan orang tua wajar dipertimbangkan.Sebelum menggangguk sudi menerima lelaki, sematkan di hati bahawapercintaan itu ibarat percaturan, terlalu byk rintangan yang tidakdisangka akan terjadi.

here it goes


sorry for my late-update
here's the first batch
happy browsing