author: leeya myra
publisher: alaf21
price: 15
letting go at: 12
pages: 400
sinopsis:
Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.
No comments:
Post a Comment