available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, October 14, 2010

kasih dania


kasih dania
author: ayu emelda
publisher: alaf 21
harga asal: 19.90, my price: rm13
sinopsis: Tak mungkin kau adalah rindu yang kutinggalkan kerna namamu sudah terukir di hatiku
Dyra Dania seorang gadis yang
punya trauma cinta. Kelembutan dan keayuannya hilang ditelan kekecewaan lalu. Hatinya cuba
bertahan sekeras batu daripada diseur naluri syahdu.

Amir Budreez hidup dikelilingi bunga-bunga kasih Dania. Meskipun wajah Dania sering bermain-main di tubir mata, namun nama Maria sentiasa meniti di bibir. Kata hati tidak pernah seiring dengan logic akal.

Maria seorang gadis misteri yang muncul dalam hidup Budreez dengan rahsia tersendiri. Dia bijak mengatur langkah dan mengemudi arah. Kehadirannya ibarat parasit yang menagih cinta. Cinta yang tidak pasti di mana destinasi akhirnya.

Dan kerana itu, ada hati yang tercalar, ada perasaan yang terluka dan ada jiwa yang menahan rasa.
Benarkah jarak waktu yang panjang mampu mengubah sebutir kaca menjadi permata berharga? Dan apakah segala ketetapan yang tersurat ini harus diterima tanpa wasangka?

No comments: