Friday, October 15, 2010
sejujur hatimu
author: umi azrini
publisher: alaf21
harga: rm18, my price: rm14
sinopsis: REEN & FAHRIN- Hubungan mereka sedingin salju. Walau bersaudara, namun tidak pernah sehati dan sejiwa. Fahrin yang bijak dan berkarisma menjadi kebanggaan keluarga serta saudara-mara. Kelebihan Fahrin memarakkan lagi perasaan benci Reen terhadapnya. Usaha Fahrin dalam menjernihkan perhubungan mereka tidak pernah berhasil sehinggalah masing-masing menginjak dewasa.
MAYA & FAHRIN- Kematangan usia menbibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Namun, segalanya sudah tersurat. Hubungan itu tercela hanya kerana sifat ego Maya yang mementingkan dunia pentas teaternya.
Semuanya berpunca dari rasa dendam, sakit hati dan keegoan. Fahrin nekad. Andai dia ditakdirkan kecundang dalam cinta, biar dia mencari kebahagiaannya sendiri! Malang sekali, Reen dijadikan mangsa. Fahrin menjadikan kegagalan cintanya sebagai landasan untuk menguji "kehebatannya" yang sebenar. Kerana dia, banyak hati yang terluka dan sengsara. Biarkan! Baginya, biar orang lain menderita kerananya, jangan dia meratap kerana mereka. Cukuplah sekali dia tewas.
Pepatah ada mengatakan,"Mungkin ALLAH menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang tepat." Benarkah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment