available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label fajar pakeer. Show all posts
Showing posts with label fajar pakeer. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

datang dengan indah

                                                               
author: sarnia yahya
publisher: fajar pakeer
pages: 523
price: 20.90, my price: rm15
status: preloved

sinopsis:
Haruskah dia setia kepada seseorang yang meninggalkannya begitu sahaja? Berapa lama dia harus menunggu? Mengapa yang di hadapannya tidak diterima seadanya? Dia memang lelaki yang tidak tahu bersyukur.

“Aku takkan jatuh cinta pada dia. Adik dan kakak sama aje. Kalau tidak disebabkan umi aku, tak ingin aku berkahwin dengan gadis sedarah dengan perempuan tu.”

“Itu dinamakan, kita merancang, Allah yang akan tentukan. Bila hendak bercakap, cuba fikirkan akibatnya...”

Dia tidak pernah fikirkan ia. Dia hanya tahu membenci isteri sendiri. Sudahnya ia menjadi bebanan kepada hati dan perasaan apabila cinta kembali mengetuk hati. Payahnya untuk mendapatkan cinta Ardini, apabila si isteri pula yang membenci. Begitupun, hati perempuan, dipujuk dan dibelai akhirnya mengalah kerana memang itu fitrah wanita.

Ruzana kembali tanpa tujuan yang pasti. Tergugat hati melihat kemesraan adik dan bekas tunang yang ditinggalkan dahulu. Ruzana cuba memujuk hatinya kembali, mengambil hak yang ditinggalkan. Tegarkah Izzuddin melepaskan Ardini sedang hatinya baru sahaja belajar untuk menyayangi dan cuba untuk mencintai isterinya itu? Dan Ruzana, tegakah melukai hati adik sendiri demi nama hak hatinya?

Saturday, October 23, 2010

rindu yusuf cinta zulaika

author: siti rozilah
publisher: fajar pakeer
harga asal: rm21.90,my price: rm18 (termasuk postage)
condition: just like new
sinopsis:
Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?

Wednesday, August 12, 2009

lagu cinta buatmu - sold (thanks zarid)


nukilan: qaseh qaisara
terbitan: FP
mukasurat: 490
harga asal: 19.90
offer: rm15(inclusive postage)
one time read: juz like new
Dalam menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga , Daniel terpaksa mencari jalan untuk meneruskan juga perkahwinan itu. Anis terpaksa menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa menjadi pengganti perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur. Dua minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yang ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yang dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenarnya dirinya. Sehinggalah satu kejadian yang memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis. Sikap Daniel yang dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit-bibit cinta kian bercambah dalam diri masing-masing. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yang mereka bina. Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?