available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label sold. Show all posts
Showing posts with label sold. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

ada cinta di hati (SOLD- thanks sue)

rved
author: emma maizura
publisher: alaf 21
harga: 19.90, my price: rm15
sinopsis: Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.

Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.
keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.
Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.
Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?

Monday, October 25, 2010

gelak tergolek (SOLD-tq nora)

author: wann azlan
publisher: kaki novel
harga: rm18, my price: rm16 (termasuk postage)
condition: just like new
sinopsis: Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.


Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Rahman: "Aku Terima Nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan Mas Kahwinnya Tiga Puluh Rakaat Tunai;

Tuk Kadi: Tiga Puluh Ringgit! Bukan Tiga Puluh Rakaat, Orang Sembahyang Terawih pun tak Sampai Tiga Puluh Rakaat

Sunday, October 24, 2010

lafazkan kalimah cintamu (SOLD-izzaty)

author: siti rosmizah
publisher: SR
harga asal: 26.90, my price: rm24(termasuk postage)
condition: just like new
sinopsis:
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Friday, October 22, 2010

biarlah ym berbicara (SOLD-thanks suriani)

author: hanni ramsul
publisher: kaki novel
harga: rm20, my price: rm16(termasuk postage)
sinopsis: Abang Kamal... Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...


Encik Firdaus... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

Charming... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...

Aku... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini....

Thursday, October 21, 2010

tunas (sold- thanks chua)


author: hlovate
publisher: jemariseni
harga: rm21, my price: rm 18 (including postage)
sinopsis:
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
“Tulip ada?”
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”
A-Cid berpaling ke belakang.
“Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.”
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?” Keningnya terangkat sebelah.
Addin jatuh rahang bawah. The-what???
“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”
“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Wednesday, October 20, 2010

bini aku tomboy ke? (sold-thanks azren)

author: arisa eriza
publisher: kaki novel
harga: rm 19, my price: rm17 (termasuk postage)
sinopsis: Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.


Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Tuesday, October 19, 2010

gurindam jiwa (SOLD, thanks zai)

author: hlovate, imaen, noor suraya
publisher: jemariseni
harga: rm21    rm10
sinopsis:
Ceritera 1: Schubert's Serenade oleh Hlovate

"Schubert's Serenade... lagunya penuh dengan kenangan

Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.
ingatan untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup saya
ingatan untuk mereka yang pernah bersama melalui 'waktu itu' bersama saya
ingatan untuk lagu-lagu yang pernah bertanda dalam hidup saya
ingatan untuk hari-hari yang pernah menjadi sebahagian dari hidup saya
mungkin lagunya sedih
mungkin ceritanya pun sedih
namun kenangan yang bertanda dalam diri saya,
yang datang bersama lagu ini... tiada sejarah dan air mata"
there could be beauty in tragedy, anyway.

Ceritera II - Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu di sisinya.
"Bukan bermakna aku sudah tidak menyayangimu lagi, sampai mati sayang, sampai mati! aku tanam kerana aku ingin bersemadi di sebelahmu. Sedangkan apa yang bakal berlaku hari ini, aku sudah tidak pasti apakah nisanku nanti akan menjadi teman nisanmu... hari ini adalah titik tanpa pulang lagi. Vendetta!"

Ceritera III - Noor Suraya
Hati Andriyana adalah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seriu rahsia, 'dia yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya & Manjalara

Dalam Gurindam Jiwa ini
Manjalara beritakan tentang rasa hatinya
Lalu Fitri Hadi akan mewarnakan citra pertama 'dia' di hatinya
Walau apapun ceriteranya, di pena Noor Suraya
Ku Fitri masih seorang 'Qais' untuk lailanya dan Raden Andriyana... masih seorang puteri.

Friday, October 15, 2010

bunga syurga (SOLD- thanx widuri)


author: anita aruszi
publisher: kakinovel
sinopsis: Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.

percaya ada cinta (sold to anita)


author: ryana adrina
publisher: alaf21
sinopsis:  BERADA di dalam lingkung an keluarga sendiri, terasa diri bagaikan orang a sing. Sejak kecil, jiwa Wafi ya men derita. Diri seolah dinafi kan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.

Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan. Dia didesak berkahwin dengan Arsyad, teman lelaki sepupunya. Walaupun berat hati, dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut. Dia yakin, Arsyad tidak mencintainya, malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana!
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya. Dalam marah dan dendam, masing-masing saling mencuit hati, mengusik rasa. Wafi ya yang sengaja mengasingkan diri, tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad. Dalam keras, ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah. Namun, bila harapan itu ada, badai taufan mula menampakkan diri, menghempas pantai, menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia, atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya?

baju pengantin mak andam (SOLD to anita)

author: areila sahimi
publisher: kaki novel
sinopsis: Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.
Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.
Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?
Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

setulus janji (SOLD- thanks sue)


author: aina emir
publisher: alaf21
harga: rm18, my price: rm14
sinopsis: Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

jodoh atau cinta (SOLD-thanks syira)


author: iman nizrina
publisher: kaki novel
harga: rm19, my price: rm15
sinopsis: Tengku Iman Umairah... gadis yg jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yg juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman utk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mertua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abg iparnya yg terlibat di dlm kemalangan yg turut mencederakan Dato' Arif, bapa mertuanya.
Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing2, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah,geram, sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesraan dgn Maya, si gedik yg menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing2 saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Saat cinta bukan milik mereka, jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan milik mereka. Jodoh atau cinta? Yg mana hak mereka?

kemilau mutiara raudhah (SOLD-thanks azrinna)


author: saidatul saffa,
publisher: jemariseni
harga asal: rm20, my price: rm 18
sinopsis: Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia.
Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan. Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia.
Ini kisah kembara hidup. Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.
Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.Lalu kata mereka,
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?

kudamba bahagia (SOLD- tq widuri)



author: dhiya zhafira
publisher: alaf21
harga: rm19.90, my price: rm14
sinopsis: Dia begitu dambakan bahagia. Setiap saat dan detik yang berlaku dalam hidupnya adalah satu perjalanan yang penuh makna. dia melihat kehidupan ini dengan penuh warna-warna indah dan keceriaan. Namun, kejadian yang menimpa benar-benar mengujinya.

Alia tidak pernah tahu apa itu cinta. Pertama kali bertentangan dengan Adnan Taufik, dia rasa gundah. Apa yang ada pada lelaki itu hingga mengganggu lenanya? Apakah benar wujudnya cinta pandang pertama? Dia sendiri meraguinya. Namun, dia terpaksa terima kenyataan. Cintanya berputik saat senyuman indah itu terukir buatnya.

Adnan Taufik tidak menyangka, mencintai alia akan mengheretnya ke lembah penderitaan. Entah mengapa, cinta yang lahir dari kesucian dan keikhlasan hati akhirnya terkubur juga. Sesungguhnya, cinta mereka tidak kuat untuk menahan gelombang yang melanda.

Bagi Alia, dia tidak mengerti mengapa tiba-tiba Adnan Taufik pergi dari sisinya. Sedangkan ketika itu dirinya dibaluti bahagia. Salah faham yang berlaku menyebabkan mereka menyimpan dendam yang bukan sedikit.

Thursday, October 14, 2010

badai semalam (SOLD- tq inche wan)



badai semalam
author: khadijah hashim
publisher: alaf 21
harga asal: rm12, my price : rm10
condition: terpakai
sinopsis:  Manusia tidak akan tahu apa yang akan terjadi di hari esok. Manusia hanya dapat merancang sesudah hari esok. Tapi tidak semua apa yang dirancang atau diteka berlaku sebagaimana yang dijangka"
Hidup Mazni diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Inu yang dikasihi pergi menemui ILAHI angkara fitnah. Sejak itu, hidup Mazni sebatang kara. Namun, dia akur dengan ketentuan Yang Maha ESA.
Hidup ibarat satu medan perjuangan. Walau apa yang melanda, kehidupan bersama Zaki tidak kesampaian. Kerana tidak mahu dikatakan manusia yang tidak mengenan budi, mahu tidak mahu, Mazni terpaksa mengorbankan cintanya. Entah mengapa bahagia datang cuma seketika. Badai datang melanda lagi... tetapi Mazni terus berjuang untuk mencari kebahagiaan diri.
Mampukah dia terus menempuh hidup dalam dunia yang serba mencabar ini? Hanya Badai Semalam yang ada jawapannya.

Saturday, March 20, 2010

sepupuku suamiku (SOLD-thanks shida )

hi..
i nak let go novel 'sepupuku suamiku'
anyone interested email me kay..
guys...u know the drill

Saturday, March 13, 2010

seteguh cinta (sold- thanks AS)


Sinopsis :


SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?


actual price:RM 19.90

offering at: rm10

pages: 500 mukasurat

publisher: alaf21

author: durah fatiha

semusim rindu (sold- thanks AS)



sinopsis :
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada.
Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri.
Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?


actual price: RM 18.00

offering at: rm14

pages: 460 muka surat

author: aleya aneesa

publisher: alaf21

jerat asmara (sold- thanks AS)



Firdaus sudah pergi … sudah lama dia pergi ! rintih airin sendiri sambil memusing keretanya meninggalkan tempat itu . dia memandu tidak menentu . airmatanya yang bercucuran dibiarkan sahaja jatuh di pipi lantas menimpa ribaannya . sesekali pandangannya jadi kabur . airin memberhentikan keretanya di tubir jalan .
lama dia berhinti di situ sambil memandang sekeliling . dia tidak tahu di mana dia berada kini … angina laut terasa bertiup nyamam dan menyegarkan . malam yang indah … bisik nedzarul sendiri . tetapi lebih indah sekiranya airin menjadi miliknya ! agh ! hati … mengapa masih belum jua dapat menerima kenyataan bahawa airin kini tidak mungkin menjadi miliknya . dan dia hanya menemani airin untuk mencari satu kebenaran dan kepastian...


judul: jerat asmara

actual price: 19.90

offering at: 15

publisher: ibook

author: zara zakry