author: wann azlan
publisher: kaki novel
harga: rm18, my price: rm16 (termasuk postage)
condition: just like new
sinopsis: Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.
Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.
Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.
Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.
Rahman: "Aku Terima Nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan Mas Kahwinnya Tiga Puluh Rakaat Tunai;
Tuk Kadi: Tiga Puluh Ringgit! Bukan Tiga Puluh Rakaat, Orang Sembahyang Terawih pun tak Sampai Tiga Puluh Rakaat
Showing posts with label kaki novel. Show all posts

Monday, October 25, 2010
Friday, October 22, 2010
biarlah ym berbicara (SOLD-thanks suriani)
author: hanni ramsul
publisher: kaki novel
harga: rm20, my price: rm16(termasuk postage)
sinopsis: Abang Kamal... Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...
Encik Firdaus... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...
Charming... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...
Aku... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini....

Wednesday, October 20, 2010
bini aku tomboy ke? (sold-thanks azren)
author: arisa eriza
publisher: kaki novel
harga: rm 19, my price: rm17 (termasuk postage)
sinopsis: Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Friday, October 15, 2010
bunga syurga (SOLD- thanx widuri)
author: anita aruszi
publisher: kakinovel
sinopsis: Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.
Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
baju pengantin mak andam (SOLD to anita)
author: areila sahimi
publisher: kaki novel
sinopsis: Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun Kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis org yg sombong tak bertempat.
Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudia mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang, Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kata apa sbb dia tak tau apa yg dia rasa. Yang dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sbb dia takut kena tinggal, dia takut kecewa macam apa yg pernah dia lalui sebelum itu. Dia jadi sangat keliru.
Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra menjadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata perlukah jauh di hati juga? Namun dalam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa di bina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah di depan mata?
Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk menyelamatkan hubungan ini? biar yg simpul dileraikan biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. biar jadi wangi seperti sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?

jodoh atau cinta (SOLD-thanks syira)
author: iman nizrina
publisher: kaki novel
harga: rm19, my price: rm15
sinopsis: Tengku Iman Umairah... gadis yg jarang sekali menggunakan 'Tengku' di pangkal namanya berkahwin atas kehendak datuk angkatnya yg juga datuk Aiman Danish, suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman utk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mertua dan suaminya sendiri atas alasan dia perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abg iparnya yg terlibat di dlm kemalangan yg turut mencederakan Dato' Arif, bapa mertuanya.
Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing2, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu, marah,geram, sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain, Danish melenting. Iman pula, apabila Danish bermesraan dgn Maya, si gedik yg menyesakkan, dia akan berjauh hati. Masing2 saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Saat cinta bukan milik mereka, jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta, jodoh seolah-olah bukan milik mereka. Jodoh atau cinta? Yg mana hak mereka?
Wednesday, August 12, 2009
selamat pengantin baru isteriku (SOLD- thanks nisrin)
harga asal rm36
letting go at rm30 (inclusive postage rite to your door)
muka surat : 1161
Saban malam aku menanti 'malam pertama' kita yang belum bermula... yang entah bila akan bermula dan entah siapa yang akan memulakannya. Hari-hari yang berlaku terus begitu... terus dihimpit kesedihan, pilu dan keliru. Bicara apakah yang menjadikan kesalahan, hingga asmara yang baru bermula, tidak ada penamatnya. Lalu kasih sayang ini bertukar benci, menjadi sakit hati...Abang, mulut ini telah puas berkata benci, namun hati ini sejuta kali membisikkan kata sayang. Bibir ini menyuruh kau pergi, hati di dalam menangis agar jangan ditinggalkan. Suara ini tegar mengaku rela dilepaskan, namun kalbuku dicengkam takut yang amat dalam. Takut kehilangan satu-satunya orang yang palingku sayang.Abang walau kau bunuh seluruh rasa cinta itu, ia tetap akan tumbuh subur dalam hatiku, sampai bila-bila.
Dalam diam, Addam dan Qisti jatuh cinta dan kahwin lari di Siam. Belum pun sempat mereka mengecapi hidup sebagai suami dan isteri, status Qisti terbongkar dan membuatkan Addam menjauhi Qisti. Ekoran dari hal itu, Addam telah didesak oleh ibunya, Maria untuk mengahwini Mellyna. Dalam masa yang sama, Qisti juga merelakan perkahwinan Addam dengan Mellyna. Addam tersepit di antara cintanya yang masih membara terhadap Qisti dan status sebenar Qisti. Untuk menghalang perasaan itu, Addam telah memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qisti dan Qisti juga menyetujuinya. Bagaimana kesudahan kisah cinta Addam dan Qisti? Bahagiakah mereka melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?
more info contact me at neadyna@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)