available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label aisya sofea. Show all posts
Showing posts with label aisya sofea. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

buatmu kekasih

author: aisya sofea
publisher: alaf 21
harga asal: 19.90. my price: rm15
kondisi: terpakai
Sinopsis: Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna 
Tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu.

Friday, March 12, 2010

selagi ada dia


sinopsis :
pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian.
Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
actual price:RM19.90
offering at: rm14
pages: 512 mukasurat
terbitan: alaf21
author: aisya sofia