available books...

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label damya hanna. Show all posts
Showing posts with label damya hanna. Show all posts

Friday, October 29, 2010

bicara hati

author: damya hanna
publisher: alaf 21
harga: rm19.90, my price: rm15
sinopsis:
                 DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahrandan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkancadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanitayang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untukmemperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.
                Tengku Syahran tidakdikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapidengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dandia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu.
                TengkuSyahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuahkisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Wednesday, October 27, 2010

sepi tanpa cinta

author: damya hanna
publisher: alaf 21
harga: rm18, my price: rm13
sinopsis: HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!

Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!
Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.
Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Friday, October 15, 2010

ternyata cinta

author: damya hanna
publisher: alaf21
harga: rm19, my price: rm15
sinopsis: Pgalaman mengajar erti kedewasaan. Begitulah ibarat hidup Qasdina, tonggak harapan keluarganya. Dalam meniti usia remaja, dia bagaimanapun tidak dapat menolak hakikat yang dia juga punya cita-cita untuk digapai. Namun, demi adik-adik yang masih bersekolah dan ayah yang dibebani hutang, impian itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Dia sebaliknya kini punya misi yang tersendiri! Memburu lelaki kaya!
ZARIEL - Lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatian. Kacak, mewah dan romantis! Itu ciri-ciri kesempurnaan yang perlu ada pada lelaki idamannya. Tetapi Zariel tidak seperti yang disangkakan. Lelaki itu terlalu ego sehingga menjengkelkan hati nuraninya.
IQRAM - Kehadiran lelaki ini kerap kali mengganggu emosi. Qasdina jadi rimas sendiri! Tiada langsung kriteria lelaki pujaannya, namun peribadi Iqram yang penuh rahsia dan kesederhanaan sifatnya berjaya meruntun hati si gadis.
Ternyata, cinta itu terlalu indah. Namun, dia juga sedar hanya kejayaan menggapai cita2 bakal melengkapkan kehidupannya. Jadi, mampukah dia mengorbankan impiannya demi cinta? Ikutkan hati, dia ingin memiliki kedua-duanya sekali! Dan dia tahu yang dia berhak kerana kebahagiaan itu adalah milik setiap insan. Cuma yang pasti, ketentuan ILAHI tetap membatasi segala.

Thursday, January 21, 2010

bicara hati - sold (thanks zayda): tapi ada satu copy lagi available

author: damya hanna
publisher: alaf21
pages: 576
price: 18
letting go at: rm10
sinopsis:
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahrandan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkancadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanitayang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untukmemperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidakdikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapidengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dandia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. TengkuSyahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuahkisah yang dapat mengungkap segala rahsia.